Tuesday, July 8, 2008

Grand Diner FPA yang meletup

masa akhir2 sem lepas saya jemput untuk membuat persembahan di dewan TSO UUM sempena Grandiner fakulti pengurusan awam. mula2 ingat grand dinner bese je..last2 dah macam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pulak..memang vouge ah depa punya projek.. ditambah pulak dengan MC dia yang ala2 macam pengacara melodi..fuh..dasat..
ni antara beberapa gambar yang sempat orang suruhan saya tangkapkan..hehehe

budak2 FPA

sabahan

sakit mata lampu silau sangat!

muka senang hati dapat makan free



Monday, July 7, 2008

semester akhir yang mencabar

Tau2 dah nak habis dah sepanjang penijazahan di bumi sintok tercinta ini.. masing-masing semestinya mempunyai perancangan selepas praktikum nanti..tapi buat saya semester ini yang paling getir untuk hampir empat tahun di sini..manakan nak naikkan PMK lagi.. keluarga semestinya mengidamkan anak2nya berjaya dengan cemerlang , memperolehi pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan..dengan zaman yang semakin mencabar ni masing2 berlumba untuk mencari kelebihan masing2 supaya berjaya mendapat tempat di dalam dunia pekerjaan kelak..
hhmmm...harap saya termasuk salah seorang yang diterima kelak..amin..

lama tak bersua..

Dah lame rase saya tak menaip utk blog ni.. almaklumlah pelbagai keje nak kene buat dari sekecik-kecik bende sampai la sebesar bas saya nak kene hendle..aku harap sume kawan-kawan aku sihat even lame dah tak jumpe n tak lupe utk mmbr sek aku dlu syikin dan ayun aku nak ucap selamat ke alam perkahwinan..kejap je rase tau2 dah kawin..sok luse tau2 dah beranak dah mmber2 aku ni..hehe .Bile balik cuti sem pulak dgr cite member sorang lagi kawain.. Alhamdulillah..semoga berbhagia buat azwa ahanuddin dan suami semoga bahagia hingga ke anak cucu..

Wednesday, January 16, 2008

sarapan elak kita jadi gemuk..

RAMAI dikalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat kepentingan mengambil sarapan pagi. Situasi berkenaan jelas berbeza dengan petua orang tua dulu yang menggalakkan anak muda untuk sarapan seawal yang boleh bagi mendapatkan hari yang ceria dan bertenaga.
Biarpun masih ramai yang mengambil ringan kepentingan untuk bersarapan di awal pagi namun kajian sains di seluruh dunia membuktikan sebaliknya.

Berikut adalah beberapa kepentingan sarapan pagi untuk generasi muda khususnya remaja:

1) Sumber tenaga

Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi adalah sumber tenaga utama untuk memulakan hari yang sihat. Kajian pakar menunjukkan, remaja yang bersarapan setiap hari mempunyai kehidupan yang berkualiti dan daya tumpuan yang lebih baik

2) Vitamin untuk badan

Remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya. Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur

3) Rangsang fungsi otak

Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B dalam roti atau bijirin mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

4) Kekal langsing

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan.

5) Masa Berkualiti

Ada ketikanya, remaja sukar mencari waktu yang berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga namun dengan amalan sarapan pagi bersama, ibu bapa dan anak-anak boleh mewujudkan suasana harmoni dan masa kualiti yang berkesan.

Oleh itu jangan jadikan alasan kita sebagai ramaja di institut pengajian tinggi awam/swasta tiada masa untuk mengambil sarapan disebabkan oleh kesuntukan masa untuk ke kelas dan sebagainya. Badan yang sihat menjamin fizikal dan mental yang cergas.

-->>macam doktor la pulak...hehehe..sama-sama kita fikirkan bersama..

Wednesday, January 2, 2008

adik ku sayang..


dik mad...bangun...pagi ni adik nak mula sekolah darjah 1..bangun sayang..hari ni cikgu bukan lagi cikgu tadika adik yang kat prasekolah tu..sekolah masuk jam 730 pagi bukannye jam 9 pagi..
cmne la kn gelagat adik bongsu aku ni memulakan persekolahan dia pagi ni..rindu betul kat dia cmne la nnti dia nak sesuaikan diri dengan persekitan baru persekolahan sekolah rendah?..
alahai adik aku sorang ni..kat sekolah jangan memain tau..pandai2 la pilih kawan tu nanti.. dengar nasihat cikgu,belajar sunguh2 sampai tercapai impian adik..
jangan ingat nak main kucing je..kesian adik aku sorang ni...
masuk sekolah jam 730 pagi sampai jam 130 petang, lepastu sekolah agama pulak jam 2 petang..
agaknye tertido2 la dia kat sekolah tu nanti..sabar dik ea..zaman persekolahan memang macamtu tapi kawan2 la insan yang akan mencorakkan sikap dan gerak-geri adik kat sekolah tu nanti..jangan bekawan dengan budak2 nakal tau..
mengimbau kenangan persekolahan aku dulu macam2 kenangan yang aku tak dapat lupekan sampai sekarang..bermula dengan tangan mak aku mengheret aku ke bilik air dimandikan aku dengan baju tido aku, dipakaikan baju sekolah dalam kadaan aku yang masih lena dibuai mimpi yang hampir terjaga sehinggalah yang aku sedar kaki aku disarungkan stoking dan kasut.. tu lah kasih ibu yang tak mengenal erti jemu membesar dan menyekolahkan aku sehingga bertapak di bumi sintok ini..pelbagai cara dia membantu ayah aku mencari side income daripada menjual kuih, menjahit, menjual aiskrim dan lain-lain lagi yang mungkin aku tak tau dari mana datangnya wang saku sekolah aku waktu tu..trima kasih mak..trima kasih abah...
jasa mu takkan aku lupa sampai nyawa ku yang terakhir...

Monday, December 31, 2007

mata melihat hati berbicara

alhamdululah..akhirnya selesai sudah aku menyiapkan blog aku yang tak seberapa ni..tak kisahlah bukan untuk menunjuk2 cume sekadar luahan rasa aku dan moniter di depan muke aku sekarang ni...hhmm simple sangat aku tengok page aku ni..ape yang aku nak tambah kat blog aku ni ekk?..
takpe la budak baru nak kenal dunia it..nyaman betul udara kat luar ni melihat pokok2 dan desiran daun2 yang ditiup angin sesekali terpandang gelagat makcik cleaner sedang menyapu dedaun yang di terbangkan angin..kesian dia..tapi nak buat cmne dah tu rezki dia setiap hari demi menyara kehidupan anak2 sekolah..takpelah makcik semoga anak2 makcik sedar dimana mereka bermula dan sentiasa bersama makcik bila mereka senang nnti..
cuti akhir semester kian berakhir, bbudak pun dah semakin ramai yang kembali ke kolej masing2..ade yang dihantar dengan kereta,van, bas dan tak kurangnya dengan kenderaan sendiri..masing2 datang dengan azam dan tekad yang baru.. aku harap tahun ni pun aku dapat merialisasikan harapan bonda dan ayahnda aku melihat aku berjaya di sini..
selamat kembali kawan-kawan ku dan selamat memulakan azam dan tekad yang baru..