Wednesday, January 2, 2008

adik ku sayang..


dik mad...bangun...pagi ni adik nak mula sekolah darjah 1..bangun sayang..hari ni cikgu bukan lagi cikgu tadika adik yang kat prasekolah tu..sekolah masuk jam 730 pagi bukannye jam 9 pagi..
cmne la kn gelagat adik bongsu aku ni memulakan persekolahan dia pagi ni..rindu betul kat dia cmne la nnti dia nak sesuaikan diri dengan persekitan baru persekolahan sekolah rendah?..
alahai adik aku sorang ni..kat sekolah jangan memain tau..pandai2 la pilih kawan tu nanti.. dengar nasihat cikgu,belajar sunguh2 sampai tercapai impian adik..
jangan ingat nak main kucing je..kesian adik aku sorang ni...
masuk sekolah jam 730 pagi sampai jam 130 petang, lepastu sekolah agama pulak jam 2 petang..
agaknye tertido2 la dia kat sekolah tu nanti..sabar dik ea..zaman persekolahan memang macamtu tapi kawan2 la insan yang akan mencorakkan sikap dan gerak-geri adik kat sekolah tu nanti..jangan bekawan dengan budak2 nakal tau..
mengimbau kenangan persekolahan aku dulu macam2 kenangan yang aku tak dapat lupekan sampai sekarang..bermula dengan tangan mak aku mengheret aku ke bilik air dimandikan aku dengan baju tido aku, dipakaikan baju sekolah dalam kadaan aku yang masih lena dibuai mimpi yang hampir terjaga sehinggalah yang aku sedar kaki aku disarungkan stoking dan kasut.. tu lah kasih ibu yang tak mengenal erti jemu membesar dan menyekolahkan aku sehingga bertapak di bumi sintok ini..pelbagai cara dia membantu ayah aku mencari side income daripada menjual kuih, menjahit, menjual aiskrim dan lain-lain lagi yang mungkin aku tak tau dari mana datangnya wang saku sekolah aku waktu tu..trima kasih mak..trima kasih abah...
jasa mu takkan aku lupa sampai nyawa ku yang terakhir...

No comments: